![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4o2HyPMvtW85kxGMH-9UalCDrGUYJram4XfKoh8HAt5A2_LxWBnu6YhsR0gqvtNIAqJmJy5kDBFv3LWZCkz4yCnBmW8ettxtNslmjWk3oy_1aGYOY3BXCpthi01TbITYpL5qfg4Lc3zA/s320/IMG_0500.jpg)
Wednesday, February 24, 2010
Deco-Deco rumah Mak Lang Cawangan Parit Tok Hin
Posted by Puteri Umno Parit Buntar at 4:57 PM 0 comments
Labels: Sumbangan
Monday, February 22, 2010
PUTERI PERSOAL KEIKHLASAN GUAN ENG TARIK BALIK PEMBATALAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL
Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul dan kemudian membenarkan ia diadakan selepas dibantah pelbagai pihak menunjukkan gelagat pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang suka bermain tarik tali.
Pergerakan Puteri UMNO berpendapat, ini jelas apabila pembatalan tersebut dikritik, Guan Eng segera menarik balik keputusan itu. Sebaliknya jika perkara tersebut tidak disedari atau semua pihak berdiam diri sudah tentu Guan Eng akan kekal dengan keputusannya.
Sehubungan itu Puteri UMNO mahu rakyat terutamanya penduduk di Pulan Pinang melihat sendiri gelagat pemerintahan Guan Eng yang kononnya menghormati agama lain tetapi pada masa yang sama bertindak seperti cakap tidak serupa bikin.
Sikap suka bermain tarik tali itu juga menunjukkan betapa kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng tidak konsisten dengan pendirian mereka dan mempermain-mainkan sensitiviti penduduk beragama Islam.
Perkembangan terbaru ini cukup untuk menggambarkan corak kepimpinan sebenar DAP yang di peringkat awal bercakap mengenai akauntabiliti dan berkhidmat untuk rakyat.
Tetapi selepas setahun memerintah tembelang mereka pecah sehingga sanggup membatalkan acara memperingati kelahiran Rasulullah SAW yang sememangnya penting di kalangan umat Islam.
Justeru itu Puteri UMNO percaya keputusan untuk mengadakan semula perarakan Maulidur Rasul juga jelas menunjukkan pentadbiran Guan Eng yang mahu mendapatkan sokongan orang Melayu beragama Islam di Pulau Pinang. Tetapi sejauh mana keikhlasan beliau berbuat demikian sememangnya boleh dipersoalkan...
p/s jadi wahai puteri -puteri ku semua,fikir -fikirkan la..adakah kita masih untuk berpeluk tubuh dan mendiamkan diri
Posted by Puteri Umno Parit Buntar at 11:50 PM 0 comments
Labels: Artikel